Harga Tiket Perlawanan Bolasepak Malaysia Lawan Singapura


Gambar kredit kepada Harian Metro Online


Perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 akan dilangsungkan di Stadium National Bukit Jalil pada 28 Jul 2011.

Tiket perlawanan ada dijual secara online di http://www.tickethotline.com.my/. Bagaimanapun tadi saya dah melawat ke website tersebut, dimaklumkan tiket untuk Grandstand yang berharga RM50.00 secara online semua telah habis dijual. Yang tinggal hanya tiket bernilai RM30.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM5.00 untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. 

Tapi tak perlu risau kerana tiket ini masih boleh dibeli di stadium


26 hingga 27 Julai 2011, 9 pagi hingga 7 malam

1. Stadium MBPJ.
2. Stadium Shah Alam.
3. Stadium National Bukit Jalil.


28 Julai 2011, bermula 9 pagi

1. Stadium National Bukit Jalil.

Harga Tiket

~ RM50.00 (Pentas Utama/Grandstand)

~ RM30.00 (Terbuka)

~ RM5.00 (Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun)

Butter Golden Churn Tidak Halal

Harini borak-borak ngan member opis. Citer r pasal nak buat kek, biskut semua. Dia pun buka cite yang mana mak dia maklumkan Butter Golden Churn tak halal. Saya pun mulanya x percaya. So apa lagi cepat-cepat r Google. Rata-rata maklumat yang diperolehi mengatakan perkara yang serupa. Saya tak berani nak komen. So anda nilaikan sendiri.


 


Gambar sumber Google

Ni link kepada kenyataan Ballantyne Food Pty Ltd, Pengeluar Produk Golden Churn dari Australia

Biskut Almond London

Sempena dengan Ramadhan yang hampir menjelma, saya pun cuba-cuba r buat biskut. Resipi pertama pilihan Biskut Almond London pasal saya suka makan biskut ni. So mari kita tengok apa bahan-bahannya dan cara-cara membuatnya. Kalu ikut sukatan dan cara yang saya nyatakan seperti di bawah konpom jadi punya.

Bahan-bahannya :

125gm mentega
60g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
25gm cornflakes yang dikisar halus
100gm tepung jagung
125gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
300gm kacang badam (dibakar selama 10min)
500gm coklat masakan

Cara-caranya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.


3. Masukkan cornflakes yang telah telah dikisar, tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk penaik dan gaul sehingga menjadi doh. Kalau adunan agak lembik boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. Bentuk doh menjadi bujur dan masukkan badam di dalamnya.


5.Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
6. Sejukkan terlebih dahulu kemudian celup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
7. Boleh taburkan sedikit badam yang dicincang ke di atas biskut tadi.


* Pastikan coklat dah mengeras baru simpan dalam bekas. Adunan yang telah dibakar pun kena disejukkan terlebih dahulu sebelum dicelup dengan coklat. Kalau dicelup sewaktu panas, takut biskut cepat menjadi lemau. Untuk mencairkan coklat masakan, gunakan kaedah double-boiling. Caranya isikan air dalam periuk, masukkan coklat dalam 1 lagi periuk dan di masak di atas periuk yang berisi air tadi. Tambahkan 1 sudu shortening atau 2 sudu minyak jagung untuk membuatkan coklat kelihatan berkilat.


Selamat mencuba

Resipi asal : Majalah Rasa Edisi 121 Bulan Ogos 2011

Too Beautiful To Lie

Sabtu lepas saya menghadapi sindrom rajin secara tiba-tiba. Pukul 6 pagi dah terjaga. Nak tido balik takut kang terlajak sampai tengahari. So saya pun belek DVD yang ada terjumpa lah satu DVD Korea. Dvd tu milik kawan yang dah lama dipinjam tapi tak penah tengok pun. Tajuk cite dia Too Beautiful To Lie.

Apa lagi, seawal pukul 6.30 pagi dah layan cite Korea. Cerita dia mengisahkan seorang gadis yang baru dibebaskan dari penjara dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya. Dalam perjalanan dia berjumpa dengan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan girlfriend dia. Kiranya laki ni berhajat untuk melamar gf dialah. Dibawa nya cincin pusaka ibu dia. Diaorang ni naik keretapi yea. Duduk pulak dekat coach yang sama. Masa keretapi ni singgah di satu perhentian, si lelaki ni tadi nak pergi ke bilik air. Dia terlanggar dengan seorang lagi penumpang lelaki  yang nak turun di perhentian itu, yang mana tanpa dia sedari lelaki tersebut telah mengambil cincin yang dia nak gunakan untuk melamar gf dia. Disini lah segalanya bermula, kerana gadis tersebut nampak perbuatan penumpang lelaki itu.


Kerana nak ambik balik cincin yang dicuri oleh penumpang lelaki tadi, sik gadis pun turun kat perhentian tue. Nak tau dia buat apa?? Dia ikut penumpang td tue, pastu dari belakang dia gi tutup mata lelaki tue. Kononnya di ni si gf yang menunggu ketibaan si bf r. Sambil2 tue dia raba poket lelaki tadi untuk cari cincin. Bila dah jupe dia pun berpura-pura kononnya salah orang. Tapi yang kesiannya kerana nak ambil balik cincin tue, si gadis ketinggalan keretapi.

So si gadis ni tadi naik keretapi yang berikutnya. Tapi bukan pergi jumpa kakak dia, sebaliknya pergi ke kampung lelaki yang punya cincin tadi dengan niat nak pulangkan balik cincin tersebut. Macam man dia tau kampung lelaki tue, pasal dalam keretapi lelaki tu dah bagitau kampung dia kat mana dan bagitau juga yang keluarga dia ada kedai ubat. Jadi tak susahlah untuk si gadis cari. Bila pergi kedai ubat tersebut dia telah berjumpa dengan bapa lelaki tersebut. Di sinilah penipuan dia bermula. Dia memang nak bagitau yang dia nak pulangkan cincin tersebut, tapi disebabkan sebelah dia ada seorang polis, jadi dia tukar cerita kononnya dia gf lelaki tersebut. Kebetulan plak dia sarungkan cincin lelaki tersebut yang mana bapa lelaki tersebut cam cincin tu milik arwah isteri dia. Kenapa dia tak bagitau perkara sebenar? Kalau bagitau dia takut polis tak percaya lagipun dia masih dalam parol. Kalau buat salah sikit mungkin pembebasan dengan parol dia akan ditarik balik dan dia mungkin kena masuk penjara balik.

Dalam masa dia kat kampung tu banyak lah perkara terjadi yang menyebabkan dia terpaksa menipu dan terus menipu. Yang si lelaki pulak bila nak melamar gf dia barulah dia perasan cincin dah hilang. Tapi part yang paling menarik bila lelaki tu dah balik kampung dan jumpa dengan gadis tu. Macam2 perkara lah. Ending dia si gadis dan lelaki tadi akhirnya jatuh cinta. Lagipun keluarga si lelaki suka kat gadis tu. Kalau nak cerita semua panjang sangat.So apa kata anda dapatkan DVD Too Beautiful To Lie. Baru RM16.90. Ada 2 disc dalam tu.


Heroin : Kim Ha-neul
Hero : Kang Dong-won


Minyak Kelapa Dara Mujarab & Tidak Menggemukkan

Minyak kelapa dara merujuk kepada minyak kelapa biasa yang mengandungi pelbagai khasiat luarbiasa. Istilah dara digunakan kerana penghasilannya diambil daripada isi kelapa yang segar yang masih belum ditumbuhi tunas dan diproses tanpa melibatkan pemanasan api api. Ini membuatkan segala vitamin, zat dan mineral semulajadi yang terdapat di dalam kelapa kekal di dalamnya.

Minyak organik ini telah mendapat pengiktirafan dari US FDA dan dimasukkan ke dalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) setelah diuji selamat untuk dimakan. Ia juga diakui oleh ribuan doktor-doktor di seluruh dunia sebagai makanan berfungsi pada abad ini. Menurut kajian Dr. John J. Kabara dari Michingan State University, minyak kelapa dara mengandungi bahan lelemak asid berantai sederhana atau medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir menyamai dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu.

Asid lemak tepu yang ditemui ini mudah tercerna dan terdiri dari kandungan asid lauric, asid capric, asid caprylic, asid myristic dan asid palmitic, selain sedikit asid linoleic, asid oleic dan asid gallic. Malah minyak kelapa dara juga turut mengandungi segala kebaikan vitamin E, vitamin K dan mineral seperti zat besi. Ia mudah diserap olehbadan untuk tenaga dan amat jarang menjdi lemak dalam badan ataupun saluran darah apabila tidak diproses oleh badan. Ia juga tidak meninggalkan kesan negatif dalam bentuk kolestrol dan membantu mencegah sakit jantung.

Minyak kelapa dara kaya dengan sifat-sifat anti-visrus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi untuk membantu mengawal pelbagai penyakit.

Sumber : Majalah Nona Jun 2011 Bil 353 

Mine : Akan datang sambungan kepada artikel ni 7 Kebaikan Minyak Kelapa Dara


Minyak Kelapa Dara
Bentuk kapsul 60 Biji
Harga : RM39.90 (Semenanjung)
RM43.90 (Sabah & Sarawak)
Tak termasuk postage

Air Asia Sale Lagi

Saya bukan lah staf Asia Asia. Tp disebabkan kekerapan saya melayari laman web diaorang so secara tak langsung saya dapat tau Airasia mengadakan sale. Bermula daripada 12 sehingga 17 Julai 2011 Airasia mengadakan jualan murah. Untuk one way ke Hat Yai, Phuket, Singapore , Phnom Penh, Langkawi, Medan, Hong Kong, Surabaya dan Bangkok harga tiket bermula daripada RM3.00. 3 hinggit tau.

Pergi ke destinasi lain pun murah gak macam Kota Kinabalu, Kuching, Langkawi bermula dari RM19.00. Lain-lain destinasi pun murah gak. Tak dapat nak dinyatakan satu persatu. So check out website diaorang. Tempoh penerbangan dari 6 Feb hingga 20 June 2012.

Jadi boleh kumpul duit dari sekarang, tahun depan kita menyahut seruan kerajaan, pergi cuti-cuti Malaysia.

Jalan Sekitar KL ditutup 9 Jul 11.

Polis akan mula membuat penutupan dan lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpurb bermula 12.01 tengah malam ini.


Jalan yang terlibat :

1. Jalan Syed Putra
2. Jalan Istana
3. Jalan Bukit Petaling
4. Kawasan sekitar Istana Negara
5. Jalan Hishammudin
6. Jalan Lembah Perdana
7. Jalan Chenderasari
8. Kawasan sekitar Masjid Negara
9. Sekitar Dataran Merdeka
10. Pasar Seni
11. Masjid Jamek
12. Dataran DBKL
13. Komplek Sogo
14. Maju Juncton
15. Masjid Kampung Baru
16. Jalan Kinabalu
17. Jalan Kuching
18. Jalan Raja Laut
19. Jalan Raja Bot
20. Jalan Raja Abdullah
21. Jalan Dang Wangi
22. Jalan Munshi Abdullah
23. Jalan Gereja
24. Jalan Raja Chulan
25. Jalan Tun Perak
26. Jalan Tun Tan Cheng Loke
27. Jalan Sultan Mahmud
dan semua kawasan berhampiran.

Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas


Sumber : mStar Online

Acara Sekitar Julai 2011

 Malaysia Contemporary Arts Tourism Festival
Tarikh : 2 Julai hingga 30 September
Tel : 03-2693 7111
Laman Web : http://www.motour.gov.my/
Penganjur : Ministry of Tourism


Georgetown Festival 2011
Diraikan sempena selama sebulan sempena penyenaraian George Town UNESCO Warisan Dunia pada 7 Julai 2008. Pelbagai program diadakan seperti persembahan teater, muzik, tarian, filem, seni, opera, makanan, fesyen, fotografi dan ceramah yang memberi inspirasi.

Tarikh : 1 hingga 31 Julai 2011
Tempat : Georgetown, Penang
Tel : 04-261 6308
Laman Web : www.georgetownfestival.com 

Kuala Lumpur Festival (KLFEST)
Acara tahunan yang menarik dengan persembahan dan
aktiviti yang berwarna warni. KLFEST menyatukan
masyarakat melalui semangat kreativiti dan perpaduan.

Tarikh : 1 hingga 31 Julai 2011
Tempat : Kuala Lumpur
Laman Web : http://www.klfestival.org.my/
Penganjur : National Department for Culture and Arts
Tel : 03-2052 3600

Rainforest World Music Festival 2011
Tarikh : 8-10 Julai 2011
Tempat : Kampung Budaya Kuching, Sarawak
Tel : 082-423 600
Laman Web : http://www.sarawaktourism.com/
Penganjur : Sarawak Tourism Board

Malaysia International Night Floral Parade 2011
Pameran bunga dan hiasan dalam pelbagai warna.

Tarikh : 9 hingga 17 Julai 2011
Tempat : Putrajaya
Tel : 03-8887 7173
Laman Web : http://www.ppj.gov.my/
Penganjur : Putrajaya Corporation





Sumber : Harian Metro

Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U