Harga Tiket Perlawanan Bolasepak Malaysia Lawan Singapura


Gambar kredit kepada Harian Metro Online


Perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 akan dilangsungkan di Stadium National Bukit Jalil pada 28 Jul 2011.

Tiket perlawanan ada dijual secara online di http://www.tickethotline.com.my/. Bagaimanapun tadi saya dah melawat ke website tersebut, dimaklumkan tiket untuk Grandstand yang berharga RM50.00 secara online semua telah habis dijual. Yang tinggal hanya tiket bernilai RM30.00 untuk tempat duduk terbuka dan RM5.00 untuk kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun. 

Tapi tak perlu risau kerana tiket ini masih boleh dibeli di stadium


26 hingga 27 Julai 2011, 9 pagi hingga 7 malam

1. Stadium MBPJ.
2. Stadium Shah Alam.
3. Stadium National Bukit Jalil.


28 Julai 2011, bermula 9 pagi

1. Stadium National Bukit Jalil.

Harga Tiket

~ RM50.00 (Pentas Utama/Grandstand)

~ RM30.00 (Terbuka)

~ RM5.00 (Kanak-kanak berumur bawah 12 tahun)

Butter Golden Churn Tidak Halal

Harini borak-borak ngan member opis. Citer r pasal nak buat kek, biskut semua. Dia pun buka cite yang mana mak dia maklumkan Butter Golden Churn tak halal. Saya pun mulanya x percaya. So apa lagi cepat-cepat r Google. Rata-rata maklumat yang diperolehi mengatakan perkara yang serupa. Saya tak berani nak komen. So anda nilaikan sendiri.


 


Gambar sumber Google

Ni link kepada kenyataan Ballantyne Food Pty Ltd, Pengeluar Produk Golden Churn dari Australia

Biskut Almond London

Sempena dengan Ramadhan yang hampir menjelma, saya pun cuba-cuba r buat biskut. Resipi pertama pilihan Biskut Almond London pasal saya suka makan biskut ni. So mari kita tengok apa bahan-bahannya dan cara-cara membuatnya. Kalu ikut sukatan dan cara yang saya nyatakan seperti di bawah konpom jadi punya.

Bahan-bahannya :

125gm mentega
60g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
25gm cornflakes yang dikisar halus
100gm tepung jagung
125gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
300gm kacang badam (dibakar selama 10min)
500gm coklat masakan

Cara-caranya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.


3. Masukkan cornflakes yang telah telah dikisar, tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk penaik dan gaul sehingga menjadi doh. Kalau adunan agak lembik boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. Bentuk doh menjadi bujur dan masukkan badam di dalamnya.


5.Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
6. Sejukkan terlebih dahulu kemudian celup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
7. Boleh taburkan sedikit badam yang dicincang ke di atas biskut tadi.


* Pastikan coklat dah mengeras baru simpan dalam bekas. Adunan yang telah dibakar pun kena disejukkan terlebih dahulu sebelum dicelup dengan coklat. Kalau dicelup sewaktu panas, takut biskut cepat menjadi lemau. Untuk mencairkan coklat masakan, gunakan kaedah double-boiling. Caranya isikan air dalam periuk, masukkan coklat dalam 1 lagi periuk dan di masak di atas periuk yang berisi air tadi. Tambahkan 1 sudu shortening atau 2 sudu minyak jagung untuk membuatkan coklat kelihatan berkilat.


Selamat mencuba

Resipi asal : Majalah Rasa Edisi 121 Bulan Ogos 2011

Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U