Biskut Almond London

Sempena dengan Ramadhan yang hampir menjelma, saya pun cuba-cuba r buat biskut. Resipi pertama pilihan Biskut Almond London pasal saya suka makan biskut ni. So mari kita tengok apa bahan-bahannya dan cara-cara membuatnya. Kalu ikut sukatan dan cara yang saya nyatakan seperti di bawah konpom jadi punya.

Bahan-bahannya :

125gm mentega
60g gula aising
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
25gm cornflakes yang dikisar halus
100gm tepung jagung
125gm tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
300gm kacang badam (dibakar selama 10min)
500gm coklat masakan

Cara-caranya

1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.


3. Masukkan cornflakes yang telah telah dikisar, tepung gandum, tepung beras, tepung jagung, serbuk penaik dan gaul sehingga menjadi doh. Kalau adunan agak lembik boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
4. Bentuk doh menjadi bujur dan masukkan badam di dalamnya.


5.Susun di atas dulang pembakar yang telah dilenserkan dengan mentega. Bakar pada suhu 180c selama 20 minit.
6. Sejukkan terlebih dahulu kemudian celup ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan.
7. Boleh taburkan sedikit badam yang dicincang ke di atas biskut tadi.


* Pastikan coklat dah mengeras baru simpan dalam bekas. Adunan yang telah dibakar pun kena disejukkan terlebih dahulu sebelum dicelup dengan coklat. Kalau dicelup sewaktu panas, takut biskut cepat menjadi lemau. Untuk mencairkan coklat masakan, gunakan kaedah double-boiling. Caranya isikan air dalam periuk, masukkan coklat dalam 1 lagi periuk dan di masak di atas periuk yang berisi air tadi. Tambahkan 1 sudu shortening atau 2 sudu minyak jagung untuk membuatkan coklat kelihatan berkilat.


Selamat mencuba

Resipi asal : Majalah Rasa Edisi 121 Bulan Ogos 2011

0 comments:

Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U