Minyak kelapa dara merujuk kepada minyak kelapa biasa yang mengandungi pelbagai khasiat luarbiasa. Istilah dara digunakan kerana penghasilannya diambil daripada isi kelapa yang segar yang masih belum ditumbuhi tunas dan diproses tanpa melibatkan pemanasan api api. Ini membuatkan segala vitamin, zat dan mineral semulajadi yang terdapat di dalam kelapa kekal di dalamnya.
Minyak organik ini telah mendapat pengiktirafan dari US FDA dan dimasukkan ke dalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) setelah diuji selamat untuk dimakan. Ia juga diakui oleh ribuan doktor-doktor di seluruh dunia sebagai makanan berfungsi pada abad ini. Menurut kajian Dr. John J. Kabara dari Michingan State University, minyak kelapa dara mengandungi bahan lelemak asid berantai sederhana atau medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir menyamai dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu.
Asid lemak tepu yang ditemui ini mudah tercerna dan terdiri dari kandungan asid lauric, asid capric, asid caprylic, asid myristic dan asid palmitic, selain sedikit asid linoleic, asid oleic dan asid gallic. Malah minyak kelapa dara juga turut mengandungi segala kebaikan vitamin E, vitamin K dan mineral seperti zat besi. Ia mudah diserap olehbadan untuk tenaga dan amat jarang menjdi lemak dalam badan ataupun saluran darah apabila tidak diproses oleh badan. Ia juga tidak meninggalkan kesan negatif dalam bentuk kolestrol dan membantu mencegah sakit jantung.
Minyak kelapa dara kaya dengan sifat-sifat anti-visrus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi untuk membantu mengawal pelbagai penyakit.
Sumber : Majalah Nona Jun 2011 Bil 353
Mine : Akan datang sambungan kepada artikel ni 7 Kebaikan Minyak Kelapa Dara
Minyak Kelapa Dara
Bentuk kapsul 60 Biji
Harga : RM39.90 (Semenanjung)
RM43.90 (Sabah & Sarawak)
Tak termasuk postage
0 comments:
Post a Comment