Sabtu lepas saya menghadapi sindrom rajin secara tiba-tiba. Pukul 6 pagi dah terjaga. Nak tido balik takut kang terlajak sampai tengahari. So saya pun belek DVD yang ada terjumpa lah satu DVD Korea. Dvd tu milik kawan yang dah lama dipinjam tapi tak penah tengok pun. Tajuk cite dia Too Beautiful To Lie.
Apa lagi, seawal pukul 6.30 pagi dah layan cite Korea. Cerita dia mengisahkan seorang gadis yang baru dibebaskan dari penjara dalam perjalanan untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya. Dalam perjalanan dia berjumpa dengan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk berjumpa dengan girlfriend dia. Kiranya laki ni berhajat untuk melamar gf dialah. Dibawa nya cincin pusaka ibu dia. Diaorang ni naik keretapi yea. Duduk pulak dekat coach yang sama. Masa keretapi ni singgah di satu perhentian, si lelaki ni tadi nak pergi ke bilik air. Dia terlanggar dengan seorang lagi penumpang lelaki yang nak turun di perhentian itu, yang mana tanpa dia sedari lelaki tersebut telah mengambil cincin yang dia nak gunakan untuk melamar gf dia. Disini lah segalanya bermula, kerana gadis tersebut nampak perbuatan penumpang lelaki itu.
Kerana nak ambik balik cincin yang dicuri oleh penumpang lelaki tadi, sik gadis pun turun kat perhentian tue. Nak tau dia buat apa?? Dia ikut penumpang td tue, pastu dari belakang dia gi tutup mata lelaki tue. Kononnya di ni si gf yang menunggu ketibaan si bf r. Sambil2 tue dia raba poket lelaki tadi untuk cari cincin. Bila dah jupe dia pun berpura-pura kononnya salah orang. Tapi yang kesiannya kerana nak ambil balik cincin tue, si gadis ketinggalan keretapi.
So si gadis ni tadi naik keretapi yang berikutnya. Tapi bukan pergi jumpa kakak dia, sebaliknya pergi ke kampung lelaki yang punya cincin tadi dengan niat nak pulangkan balik cincin tersebut. Macam man dia tau kampung lelaki tue, pasal dalam keretapi lelaki tu dah bagitau kampung dia kat mana dan bagitau juga yang keluarga dia ada kedai ubat. Jadi tak susahlah untuk si gadis cari. Bila pergi kedai ubat tersebut dia telah berjumpa dengan bapa lelaki tersebut. Di sinilah penipuan dia bermula. Dia memang nak bagitau yang dia nak pulangkan cincin tersebut, tapi disebabkan sebelah dia ada seorang polis, jadi dia tukar cerita kononnya dia gf lelaki tersebut. Kebetulan plak dia sarungkan cincin lelaki tersebut yang mana bapa lelaki tersebut cam cincin tu milik arwah isteri dia. Kenapa dia tak bagitau perkara sebenar? Kalau bagitau dia takut polis tak percaya lagipun dia masih dalam parol. Kalau buat salah sikit mungkin pembebasan dengan parol dia akan ditarik balik dan dia mungkin kena masuk penjara balik.
Dalam masa dia kat kampung tu banyak lah perkara terjadi yang menyebabkan dia terpaksa menipu dan terus menipu. Yang si lelaki pulak bila nak melamar gf dia barulah dia perasan cincin dah hilang. Tapi part yang paling menarik bila lelaki tu dah balik kampung dan jumpa dengan gadis tu. Macam2 perkara lah. Ending dia si gadis dan lelaki tadi akhirnya jatuh cinta. Lagipun keluarga si lelaki suka kat gadis tu. Kalau nak cerita semua panjang sangat.So apa kata anda dapatkan DVD Too Beautiful To Lie. Baru RM16.90. Ada 2 disc dalam tu.
Heroin : Kim Ha-neul
Hero : Kang Dong-won
0 comments:
Post a Comment