Tersebut kisah 2 ekor hantu bertemu di sebuah kawasan yang tidak diketahui lokasinya. Panjang lebar dua ekor hantu ini berborak sejarah hidup masing-masing.
Sepanjang berborak, Hantu A melihat Hantu B asyik menggigil tanpa henti. HAntu A yang merasa hairan lantas bertanya,
Hantu A: Kenapa kau asyik menggigil?
Hantu B: Oh... Cara aku mati dulu teruk. Aku mati dalam peti ais... sejuk beku.
Hantu A: Oh, kasihan kau... aku pula dulu mati sebab serangan jantung!
Hantu B: Ish!! Ish!! kenapa kau tak buat pembedahan by pass? Kalau tak mesti kau tengah lepak dengan bini kau sekarang.
Hantu A: Aku dah buat dah. Tapi tak jadi pun. Ceritanya panjang........
Hantu B: Ceritalah sikit!
Hantu A: Macam ni, aku syak bini aku main kayu tiga. Jadi aku ingat nak perangkap bini aku. Aku pura-pura pergi kerja padahal aku letak kereta di hujung simpang. Seperti aku jangka, ada sebuah kereta parkir masuk garaj aku. Ada seorang lelaki tak dikenali selamba masuk rumah aku. Aku tunggu masa.... nak cekup!
Hantu B: Kau dapat ceup si jantan tu?
Hantu A: Tak. Hairan betul. Aku jumpa bini aku dalam bilik tp si jantan tu ghaib. Habis satu rumah aku tak jumpa juga. Aku cari dalam bilik, di dapur pun tak jumpa. Sebab penat sangat cari, aku pengsan kena serangan jantung. Tak disangka-sangka aku mati.
Hantu B terdiam mendengar cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika,
Hantu B berkata: Kenapa kau tak cari dalam petik sejuk? Kalau kau periksa situ, kita berdua tentu hidup lagi.
0 comments:
Post a Comment