Mari Buat Cheese Cake

Aku memang suka makan kek. Bagilah kek apa pun. Walaupun x suke makan pisang tapi kalu orang bagi kek pisang aku makan gak. 2 hari lepas aku terpikir nak buat kek. Mulanya plan nak buat kek lapis. Punyalah semangat malam2 aku kuar cari bahan. Cantik jer dah beli bahan, last sekali bahan paling penting "Tepung Hong Kong" plak xde. 3 kedai aku cari, sume pun xde. Balik-balik tepung Hong Kwe aku jupe. Memandangkan dah malam aku pun malas nak meneruskan pencarian. Tapi kecewa r gak sebab planning x jadi.


Soknya kat opis aku pun surf internet. Tetiba aku terpikir nak buat cheese kek plak. Surf punyalah surf aku jumpalah resipi cheese kek yang aku rasa senang & mudah untuk dibuat. Tapi resipi ni aku dh modified sket.

Cheese Cake

Bahan-bahan
  • - 250g Cream Cheese
  • - 200ml Fresh Cream
  • - 3 sudu makan tepung gandum
  • - 10 keping biskut Oreo
  • - 10 keping biskut Digestive (lebih @ kurang pun boleh, bergantung kpd ketebalan yg    diinginkan)
  • - 2 biji Telur
  • - 90 gram gula
  • - 20g Butter

Cara-cara

  • - Cairkan butter dan sejukkan. Hancurkan biskut Digestive, dan dicampurkan dengan butter yang telah dicairkan. Masukkan dalam dalam loyang/bekas yang nak digunakan utk bakar kek. Tekan utk bg padat dan melekat. Masukan dalam peti sejuk.
  • - Masukkan bahan-bahan yang lain kecuali biskut Oreo ke dalam mixer. Putar sehingga nampak berkrim.
  • - Potong biskut Oreo kepada 2 @ 4 bahagian. Terpulang nk besar @ kecil.
  • - Masukkan dalam adunan td dan gaul. (tak perlu guna mixer).
  • - Tuangkan bancuhan dalam loyang yang telah dialas dengan biskut Digestive tadi.
  • - Loyang adunan td dibakar di dalam dulang yang diisi dengan air. 
  • - Bakar dalam ketuhar selama 40-50 minit dengan suhu 170'C.
  • - Pastikan kek telah disejukan sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dikeluarkan daripada loyang.
  • - Tak perlu nak test lembik @ keras sebab Cheese kek memang lembik. Sebab tue kena masuk peti sejuk dulu sebelum dipotong.

Tara....




Dah tinggal suku baru ingat nak ambik gambar
*Serbuk hitam kat atas tue, biskut Oreo yg dihancurkan


     
    - Biskut yg dihancurkan                  - Creamy                         - sedia utk dibakar

- Cream Cheese                                  - Fresh Cream/Whipping Cream

0 comments:

Design by WPThemesExpert | Blogger Template by BlogTemplate4U