Skrg ni macam2 benda org boleh tiru. Kalau dulu paling top CD, VCD & DVD tiruan. Pastu barang berjenama tiruan. Sekarang ni lagi hebat. Telur ayam pun dah ada tiruan. Kalau setakat buat tiruan pastu jual sebagai hiasan xpe gak. Ni di jual buat makan. Bayangkan kita gi lepak kedai mamak order roti telur tp guna telur tiruan. Gi pasar malam plak order berger benjo, guna telur tiruan lagi, ape ke rasa nye. X ke aniaya orang tue. Bak kata Usop Wilca, "kita bakor jer".
Mengikut laporan dalam media cetak dan elektronik baru-baru ini, sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 270 telur ayam di tiga gerai di Pasar awam Pulau Tikus. Penjualan telur ayam tiruan yang dikesan berlaku di pasar Pulau Tikus, Pulau Pinang, menimbulkan rasa panik kebanyakan pengguna sekitar ibu kota yang hampir keseluruhannya tidak mengetahui perbezaan antara telur ayam sebenar dengan telur ayam tiruan.
*Gambar kredit utk Berita Harian Online
Kenyataan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.
Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.
Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.
Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.
Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.
"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.
Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
- Bernama Sumber: Kredit utk Malaysia Kini
Cara mengenal telur tiruan:
1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.
Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.
Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.
-CAP-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Produk yg sya cite dlm ni, produk yg saya guna & terbukti berkesan. Pastu cite sket2, ada info sket2. Pendek kata sket sana, sket sini. Sederhana lah kiranya.
Jam Berapa Sekarang?
~Saya~
Senarai Entry
-
▼
2011
(29)
-
▼
April
(16)
- Kuala Lumpur International Book Fair 2011
- Keputusan Pilihanraya Di Dun Sarawak
- Mari Buat Cheese Cake
- Tiada Telur Tiruan
- Cerita Dua Ekor Hantu
- Telur Ayam Tiruan
- FREE Concert @ KLCC 8-9 April 2011
- Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit
- Pemenang ABPBH 2010
- Pesanan
- Kau Milikku
- Menu 4 Dinner
- Aktiviti d ujung minggu
- Bermula di sini
- KESAN PENGAMBILAN MINYAK KELAPA DARA
- KHASIAT MINYAK KELAPA DARA
-
▼
April
(16)
Blog Yg Aku Suke
Pelawat
Mari Menyembang
Sembang-Sembang
I Follow.....
.
0 comments:
Post a Comment